*Blog ni masih separuh siap sejak diimport dari wordpress hosting. Maaf atas kesulitan.

Khamis, 26 Februari 2009

Anda takut darah?

Semalam, hari ini dan esok UiTM Penang menganjurkan expo kesihatan. Aktiviti? banyak! tapi cukup cerita satu. Kali terakhir aku derma darah - 2006. Waktu aku masih muda, 18 tahun. Semestinya darah itu 'darah muda'. Kalau orang tua yang dapat mesti dia jadi muda balik, hehe.

Perhatikan beza antara tarikh-tarikh itu. Lama,kan?
Perhatikan beza antara tarikh-tarikh itu. Lama,kan?

Tahun 2007 dan 2008, aku tidak menderma, kenapa? Merajuk. Untuk derma waktu itu, aku kena tunggu 45 minit lebih kurang - beratur untuk derma darah. Situasi yang pihak hospital pasti suka. Pemurah sungguh warga UiTMPP ni. Waktu dulu aku tak sempat. Kelas boleh kata hari-hari 9am-5pm sebab jam kredit aku purata 20-23 tiap-tiap sem. Kalau ada gap, pun tak sempat jugak. Jadi batalkan jelah hasrat murni tu.

Kali ni, aku juga nak menolak. Namun disebabkan orang tak ramai, dan doktor-doktor pun manis-manis belaka (walaupun 30-an jugak), aku rela menderma. Proses untuk yang pernah derma, ringkas je. Tak payah nak check dah jenis darah. Cuma check hemoglobin. Kalau kau beruntung, doktor manis tadi akan pegang jari kau. Hari ini aku bertuah. ;)

Aku diberikan beg - 450ml. Tak sampai satu pain pun. Satu pain = 568ml. Bolehlah. Kang habis pulak darah aku. Aku disuruh baring. Dan lengan aku dijerut, dan ditebuk. Taklah sakit. Cuma darah merah pekat mengalir bagaikan air. Anda pitam? Skip perenggan ini. Aku tahu kau takut darah.

Kain kasa diletakkan untuk menutup lubang di lengan. Mungkin ada yang pengsan jika tidak dibuat begitu
Kain kasa diletakkan untuk menutup lubang di lengan. Mungkin ada yang pengsan jika tidak dibuat begitu

Aku diberikan gulungan kain untuk digenggam. Ini untuk memastikan darah aku sentiasa bertekanan tinggi untuk dialirkan keluar dari badan. Tak sampai 5 minit, selesai semuanya.

Extra information

  • Pesakit asma juga boleh menderma - asalkan tidak teruk dan terpaksa ambil ubat setiap hari.
  • Ubat-ubatan tidak digalakkan untuk diambil dalam tempoh seminggu sebelum menderma darah. Kemungkinan darah akan tercemar dengan toksin dari ubat-ubatan berikut - aspirin, steroid, panadol, antibiotik dsb.
  • Tidur mesti cukup sekurang-kurangnya 5 jam malam sebelum menderma. Kalau tak cukup, usah tipu. Doktor boleh tahu melalui tekanan darah kau. Kalau tinggi, itu tanda tak cukup tidur. Sebab kau mungkin sakit kepala nanti. Lebih teruk lagi, pengsan semasa menderma.
  • Berat minimum untuk menderma - 40kg, atau BMI sekurang-kurangnya 21. BMI - body mass index = (berat anda X berat anda) / tinggi dalam cm. Aku 64kg, BMI = 23. Lebih dari cukup. Hehe. Sebahagian besar manusia di Malaysia menghidap 3G. Jadi takkan tak cukup syarat lagi?

Jadi, apa alasan anda untuk tidak menderma darah?

Khamis, 12 Februari 2009

Nak anak cemerlang?

Isu ini sudah lama ingin aku sentuh. Akhirnya setelah lama mengikuti blog bapa salah seorang kawanku, aku putuskan untuk menulis tentang ini.

Begini, sahabatku yang sorang ni memang seorang yang bagus. Di peringkat sekolah berbagai-bagai jawatan sudah disandangnya, cuma ahli politik sahaja belum lagi. Namun dia pernah bercita-cita begitu semasa kami sama-sama di Tingkatan 1.

Waktu itu, permainan jentik-jentik pen atas meja popular di kelasku. Pen setiap orang akan dijentik bergilir gilir di atas meja. Pen lawan yang dijentik jatuh dari meja, kalah. Dan itu menjadi permainan kegemaranku bersama geng-geng yang lain. Kalau takde pen, duit syiling 50 sen pun jadi. Manisnya kenangan dulu.

Peperiksaan pertengahan tahun, aku berkongsi kedudukan dengannya, no 4 dalam kelas. Dia yang pada masa tu seorang yang rajin, datang pada aku, lalu berkata,

"kau ni main jentik-jentik pen pun, dapat no sama dengan aku jugak".
Pada waktu tu biasa lah aku budak-budak, mana fikir sangat tentang study. Apa yang aku tahu, pergi sekolah, pastu balik. Study tak study, belakang kira. Akhir tahunnya, aku diumumkan pelajar terbaik form 1 waktu itu, daripada 512 yang lain.

Aku terlalu gembira sehinggalah aku berduka di Tingkatan 2. Zaman aku berlalu, aku jatuh teruk. Dan dia jadi ketua pengawas sesi petang. Sebabnya dia lebih bagus.

Dipendekkan cerita, ketika Tingkatan 3 sebelum PMR, kami sama-sama ke Medan MARA untuk ambil (beli sebenarnya = RM 20) borang kemasukan ke MRSM (Maktab Rendah Sains MARA). Syarat utama, keputusan mesti cemerlang, Sains dan Matematik mesti A. Akhirnya kami senasib. Sama-sama dapat 7A dan 1B. Cuma dia B dalam Sains, manakala aku Bahasa Melayu (Aku sering dimainkan oleh adik-adikku sebab ni).

Kiranya dia ni adalah salah seorang pelajar cemerlang waktu tu. Aku tolak tawaran MRSM tu. Kesilapan terbesar hidup aku.

Tahun berikutnya, iaitu 2004 semasa kami form 4, dia diuar-diuarkan untuk memegang jawatan ketua murid pulak. Disebabkan taknak pegang jawatan tu, macam-macam kesalahan disiplin dia buat. Dari tak buat homework sampai la pernah ponteng sekolah walaupun sehari dua. Namun ketokohan terserlah, jadi jugak la penolong ketua pengawas. Tahniah aku ucapkan. SPM, dia dapat 5A dan aku 6A. Haluan kami berbeza, aku teruskan dalam bidang sains (Kejuruteraan Elektrik) manakala dia melompat ke bidang lain (ekonomi).

Aku lihat, keluarganya cukup bahagia. Ayah dia masih romantik lagi (puji sikit ni), dan cukup sporting (bertempat la jugak) di samping ada skil-skil yang disenangi orang. Kerja pun kukuh. Adik-adik dia boleh kata semua straight A's dalam exam baik UPSR atau pun SPM. Crite panjang-panjang, kesimpulan dia pendek je.

Keluarga bahagia faktor utama kejayaan anak-anak.


Kerja?

Kini adalah masa bagiku untuk berehat sehari dari segala kesibukan selama bergelar pelajar. Namun hakikatnya kehidupan pelajar tidak akan pernah 'relax' dan santai. Ada saja kerja yang mesti dilakukan.

Bagi manusia nokturnal seperti aku ni, (nokturnal - siang tidur malam jaga), hal-hal macam ni akan jadi sesuatu yang sangat meletihkan. Kenapa? Sebab aku perlu selesaikan semuanya di waktu siang sedangkan itu waktu aku tidur. Atas sebab itu, aku sering terlepas kelas pagi. Selalunya aku akan tidur sekejap lepas subuh. (Sekejap = 3-4 jam (mungkin) itu pasallah selalu terlepas!).

Sudah berulang kali aku ditegur oleh bapaku yang cukup tegas soal tidur yang berkualiti dan bangun pagi, tapi aku ni dah sebati dengan kehidupan sebegini. (Maaf banyak Abah!). Nampaknya aku betul-betul perlu tukar 180 darjah rutin tidur aku ni. Kalau tidak, kerja apakah yang sesuai untuk orang macam aku ni?

Khamis, 5 Februari 2009

Kereta? Nantilah...

Sewaktu draf entri ini ditulis, aku sedang dalam perjalanan pulang ke rumah dari kampus dengan menaiki bas shuttle UiTM yang disediakan untuk pelajar yang menetap di luar kawasan kampus. Rumah aku terletak lebih kurang 2km dari kampus. Bas yang aku naik ni selalunya akan tunggu penuh, baru jalan. Penantian itu mengambil masa kebiasaannya dalam 15 minit (paling kurang).

Bas ni jugak akan lalu Bandar Perda dulu sebelum sampai ke kawasan rumah aku. Oleh sebab itu, jarak 2km pun ambil masa 20 minit. Lama? Inilah student's life. Kadang-kadang malas tunggu bas, aku jalan kaki je. Itu pun makan masa 20 minit + berpeluh la sikit.

Hari ini, rata-rata pelajar ada kenderaan yang mampu ditunggang ke mana-mana. Motor? Itu normal. Lebih baik daripada tu, kebanyakannya ada kereta yang selalunya diberi oleh ibu bapa masing-masing untuk berulang alik dari kampus ke rumah atau kolej dan ke tempat-tempat lain (kemana agaknya....?).

Masa pun dapat dijimatkan, tak payah menunggu berpuluh-puluh minit untuk satu bas yang akan bawak kita tak sampai 5 minit pun ke tempat tujuan. Dan (paling penting), mereka yang ada kereta ini secara automatiknya akan mempunyai ramai kawan.

beberapa kereta mahal turut kelihatan..
beberapa kereta mahal turut kelihatan..

Pernah aku suarakan tentang ini kepada kedua ibu bapaku. Bapaku yang juga alumni UiTM (ITM pada zaman tersebut) dengan spontan cerita pada aku betapa susahnya beliau waktu itu. Bertukar-tukar bas, ulang alik, kalau cuaca sejuk takpe lagi, tapi kalau panas, tahan la. Sebijik macam apa yang aku lalui sekarang.

Tapi cabaran di setiap zaman tetap berbeza. Ibuku yang dulu menuntut di Universiti Malaya (UM) pula hanya mampu diberikan RM 20 - RM 30 setiap bulan oleh datukku dulu. Aku faham perasaan itu. Hidup ni bukan mudah. Dan itulah apa yang mereka cuba nak terapkan dalam hati anak-anak ni (adik-beradik aku la tu).

Setelah 3 tahun jauh dari family aku, macam-macam jenis orang yang aku jumpa. Ini termasuklah yang bergaya di usia muda seperti di atas. Mungkin kalau setakat kereta lama, kira okaylah kan..Ni kereta yang masyuk, RM 40 ribu keatas, mengalahkan pensyarah (pensyarah yang kata ni tau).

Katalah ibu bapaku tukar fikiran tiba-tiba, nak bagi aku kereta waktu peringkat diploma ni, aku akan menolak. lagipun, bila fikir balik, apa yang aku nak ceritakan pada anak-anakku nanti tentang betapa susahnya aku dulu, kan?kan?kan? Nanti takde modal pulak. Moga mereka nanti akan jadi orang yang bersyukur.

Jadi aku putuskan, biarlah dulu..

Last sekali, ayat pedih dari lecturer aku iaitu 'Madam A':

"student tu, buatlah cara student.."

* Gambar kredit to Ifwat.

Selasa, 3 Februari 2009

Peluang kedua?

Perjalanan dari KL ke Butterworth kali ni agak singkat, cuma 3 jam setengah. Biasanya 4 jam setengah, aku tak tau bas tu terbang ke apa, aku cuma tahu tidur sepanjang perjalanan.

Kali ni, bas ke utara semuanya naik kat Hentian Duta, sebab sekarang ni musim raya cina tak abis lagi. Jadi untuk elak jem, semua bas ke utara, pindah ke Duta sampai hari ni 2 Feb 09.

Tadi pagi aku ada kelas Microprocessor. Nasib aku agak baik kali ni, aku tak berjaya untuk tidur dalam kelas. Syukurlah. Petangnya, kelas LAN (Local Area Network), banyak sangat syllabus nye, dan akhirnya aku 'tumbang' selama 15 minit (mungkin lebih). Malangnya, lepas tu ada kuiz. Menggagau la cari nota. Mujur Allah masih bagi aku peluang, aku dibenarkan untuk jawab kuiz tu esok......Yes..aku takkan sia-siakan!

Ahad, 1 Februari 2009

2nd Half Time-----Start!

Penatnya dalam seminggu ni. Walaupun cuti semester tapi susah juga nak cari masa sendiri. Kerja banyak tapi sikit je sempat buat. Selebihnya, main-main, tidur, baca komik dan banyak lagilah! (ada pulak masa?)

Selain tu aku jadi cikgu free untuk adik aku yang akan mengambil PMR hujung tahun ni.

Sedar tak sedar, separuh masa kedua semester aku bakal bermula! Esok aku akan kembali ke Penang dengan bas. Kesibukan akan kembali menjengah diri aku. Antaranya:

  • Final Year Project yang dah lama aku tinggal. Tak tahu macam mana nak mula balik.
  • Projek bisnes belut ikan pelik kami yang aku sendiri tak tahu kat mana nak rujuk praktikal penternakan dia.
  • Kelas tuisyen yang aku mengajar anak-anak kenalan aku UPSR dan PMR (ini untuk pendapatan sampingan).
  • Presentation
  • Test-test yang berkenaan.
  • Nota-nota yang aku dikehendaki copy kan untuk budak-budak.
  • Lab report - penat-penat perah otak, orang copy aje.

Penat rupanya jadi student ni, tapi kalau kerja lagi penat, kan?

Semester ni adalah semester terakhir untuk aku buktikan kemampuan sebenar aku selepas 5 semester yang lalu, aku lebih banyak bermain.