*Blog ni masih separuh siap sejak diimport dari wordpress hosting. Maaf atas kesulitan.

Sabtu, 14 Mac 2009

Anak - anak semakin pandai!

Bayangkan ini adalah anda dan ibu bapa anda..
Bayangkan ini adalah anda dan ibu bapa anda..

Perhatikan gambar di atas. Kegembiraan jelas terpancar di wajah ibu dan bapa pelajar ini. Situasi yang masih aku belum gapai. Dan aku sangat mencemburui beliau. Tahniah kepada adik Nik Nor Madihah Nik Mohd Kamal.

Seramai 10,080 daripada 442,936 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2008 di seluruh negara berjaya memperoleh kelulusan 10 A atau lebih dalam mata pelajaran yang diambil.

Sebanyak 1,676 calon atau 0.43 peratus pula berjaya mendapat gred 1A dalam semua mata pelajaran yang diambil dengan seorang calon berjaya mencatat 16 1A, 15 1A (dua orang) dan 14 1A (enam orang).

Mereka yang memperoleh 9 A pula seramai 5,863 calon, manakala 5,909 lagi mendapat 8 A.

- Utusan Malaysia Jumaat 13 Mac '09 -

Dahsyat. Bukanlah satu yang mengejutkan andai berita anak-anak kita mendapat 20+ A1 pun satu masa nanti. Namun situasinya tidak sama dengan semasa 20 tahun dulu. Untuk mendapat satu A pun susah, lebih-lebih lagi seandainya pelajar tersebut adalah dari luar bandar. Kini bukanlah mustahil. Tuisyen berada di mana-mana.

Mereka yang merupakan pelajar sekolah kawalan dan berasrama, itu adalah satu kelebihan buat dirinya. Mereka memang tidak mempunyai tuisyen, tetapi mereka mempunyai prep. Itu tuisyen lah..... Cuma nama je lain. Prep kalau dilihat, lebih baik berbanding tuisyen. Kenapa?

  1. Prep percuma. Tuisyen kena bayar.
  2. Yang mengajar prep - cikgu sekolah, yang kebanyakannya terdiri dari pemeriksa sendiri.T rick-trick semua dalam tangan.
  3. Yang mengajar tuisyen, boleh jadi orang macam aku ni - pelajar yang cari duit lebih.
  4. Soalan diajar masa prep - kebanyakannya soalan yang mungkin keluar, dan disoal berulang-ulang yang ditukar nilai saja. Soalan tetap sama. Alah biasa tegal biasa.
  5. Sekolah asrama je ada prep. Sekolah harian macam aku - tiada prep. Kelas tambahan saja tak cukup untuk orang yang malas buat latihan kat rumah macam aku ni.

Kesilapan aku semasa SPM dulu.

Tidak ke tuisyen

Pelajar-pelajar lain semuanya ke tuisyen terutamanya tuisyen Tunas kat tempat aku tu - semuanya sebab cikgu Venn (Venkateswaran Ramiah) baik cikgu ni. Satu-satunya subjek yang aku pergi tuisyen ialah subjek FIZIK dan aku dapat A untuk FIZIK.

Addmath? Wargh takutnya!

Dulu senior aku sering menakut-nakutkan aku tentang susahnya subjek ni. Dan aku cuma lulus dua kali sepanjang dua tahun belajar subjek ni. Tapi yang hairannya di Universiti aku belajar ADDMATH yang berkali-kali ganda susah dari ni, boleh pulak skor? Jadi jangan takut kepada bayang-bayang sendiri.

Addmath = senang. Begitu juga dengan subjek-subjek lain. Tiada yang susah.

Honeymoon terlalu lama.

Orang lain setahun (form 4), aku? Sampai nak exam pun masih honeymoon lagi. Lama sangat. Time trial pun banyak fail lagi.

Tapi yang paling tak patut - aku malas.

Dulu aku tidak tidur malam (kononnya) untuk belajar. Aku cuma tumpukan pada subjek yang aku suka. Yang aku tak suka - Addmath, Kimia, Biologi. 3 subjek ni aku tak dapat skor. Lain daripada tu, dapat A.

Jadi, jangan anak tirikan subjek-subjek lain. Luangkan masa yang sama untuk 'mereka'.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Apa kata anda? Jom kongsi!