Tempat yang aku tinggal di Permatang Pauh ni, iaitu di sekitar kawasan Pangsapuri Idaman ada menganjurkan (menyokong sebenarnya) kempen Earth Hour 09 oleh WWF. Setakat ni, di kawasan ni elok sangat, sambutan pun bagus. Tepat jam 8.30 malam, seluruh bekalan elektrik di blok tempat aku tinggal diputuskan. Ngam-ngam lepas aku save kerja kat laptop aku. Kalau tidak…..
Hampir semua rumah teres dan apartment yang berada di sekitar kawasan ni telah menutup lampu mereka. Yang bestnya, pada 11.30 malam (sekarang ni la), ada yang tak bukak-bukak lagi lampu diorang. Bagus. Tidur terus la tu kot. Maklumlah kat sini hujan. Memang best la tidur walaupun tanpa kipas.
Apa-apa pun, harap supaya kempen ni berjaya. Manalah tahu, walaupun tenaga yang kita jimatkan tak seberapa, tapi apabila digandakan dengan berjuta yang lain, agak-agaknya berapa Mega, Giga atau TeraWatt yang dapat dijimatkan?
Cuma satu sahaja dalam fikiran aku, kita digalakkan memasang lilin - untuk candle light dinner la kononnya malam ni (Utusan Malaysia baru-baru ni). Tapi, apabila pembakaran dilakukan, berapa banyakkah gas karbon yang akan dibebaskan ke angkasa?
Kalau macam tu, baik pasang lampu je..Jangan lagi teruk sudah lah..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Apa kata anda? Jom kongsi!