Hari ini genap setahun aku mengajar tuisyen kepada anak-anak muridku yang telah setahun lebih tua dari sebelumnya. Tahun ini aku mengajar dua orang. Tahun lalu sama ada tiga atau empat, aku pun dah lupa jumlahnya. Namun tahun ini aku cuba mengurangkan jumlahnya kepada dua atas sebab tuntutan komitmen kepada pelajaranku. Aku adalah pelajar semester akhir, bukan?
Untuk pengetahuan, aku tidak memohon pinjaman PTPTN di peringkat diploma ni. Pinjam RM 15 000,tapi kena bayar RM 18 000. Aku sudah mampu membuat down-payment rumah kos rendah dengan nilai itu. Ibu dan ayahku ada memberikan duit belanja setiap bulan, namun aku keberatan untuk terus menyusahkan mereka sedangkan aku masih ada 3 adik beradik lain lagi di rumah. Jadi, apa yang boleh aku lakukan dengan status aku sebagai pelajar university? Di bawah Akta 174 dan AUKU, aku tidak boleh bekerja di bawah pertubuhan berdaftar. Jadi, apa lagi, jadi tutorlah!
Tahun lalu, aku bersama dia mula mengajar 4 jam sehari, dua hari seminggu pada Sabtu dan Ahad. Pada mulanya kami ingin mencari pendapatan sampingan, namun lama-kelamaan ianya menjadi satu kerjaya. Ini lebih baik daripada aku join MLM yang belum tentu halal dan menguntungkan. Nak labur akhirnya lebur. Nak kaya, dapat kayap. Walaupun ada yang halal (katanya), tapi kalau aku was-was, hukum bagi aku tetap jatuh kepada HARAM. Ini pendirian aku.
Seronok mengajar sebenarnya. Terutama kanak-kanak yang sedang membesar. Tak letih ke? Tanyakan satu soalan yang sama kepada mak dan ayah anda. Mereka akan memberikan jawapannya.
Satu hal yang pasti, jika anak orang lain, aku ajarkan, aku juga pasti mengajar adikk-adikku supaya mereka jadi lebih berjaya dari orang lain. Itu tanggungjawab aku. Sampaikan satu ketika, adikku yang bongsu menangis masa aku mengajar. Maafkan abang, Elis. Bukan sengaja abang buat macam tu....
Anak-anak muridku ini tahun lalu terutama yang tahun satu dan dua, cukup nakal. Masa belajar boleh main-main. Inilah bahagian yang cukup menguji kesabaran dan ketabahan aku. Tapi yang pasti, mereka cepat tangkap dan faham apa yang diajar. Cuma masalahnya, bagi murid tahun satu dan dua ini, mereka tidak memahami makna soalan yang diajukan dalam Bahasa Inggeris. Apabila aku terjemahkan dalam Bahasa Melayu dan kepada bentuk nombor, mereka dengan pantas dapat menjawab dengan tepat soalan yang sama.
Inilah masalah bagi anak-anak Melayu, bukan mereka tak boleh buat, tapi mereka tak faham makna-makna soalan tu. Mereka tidak kurang pandai berbanding kaum lain, namun suasana sejak kecil mempengaruhi mereka. Jika kita bertutur dalam Bahasa Inggeris sejak kecil, kita tidak akan ketinggalan.
Satu lagi, Sains tahun satu. Diberikan gambar ini. Disuruh namakan.
Apa yang anak muridku itu jawab? JERUNG. Kesalahan ejaan, barangkali, tapi ini yang menyebabkan ibunya geli hati.
Bagi anda yang cintakan ilmu, demi generasi Melayu kita, ajarkanlah ilmu kepada anak-anak yang masih hijau ini. Sebab:
1. Ilmu yang diajarkan, kita akan mendapat 'saham'nya setiap kali mereka mengamalkannya.
2. Ilmu tidak akan habis bila diajar, malah makin bertambah. (semua orang tahu ni, tapi kedekut lagi)
3. Bangsa lain menggunakan ilmu untuk mendapatkan wang, tapi kita terpaksa menggunakan wang untuk mendapatkan ilmu.
Seperti kata arwah datukku pada bapaku:
"Harta, kita kurang. Tapi ayah bagi ilmu, carilah harta dengan ilmu tu"
Kata-kata ini abah pulak turunkan padaku. Dan aku turunkan pada pembaca blog ni pulak. Semoga kita berjaya dunia akhirat...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Apa kata anda? Jom kongsi!