Aku pulang lagi ke Kuala Lumpur - menaiki keretapi untuk kali terakhir dari Penang. Semester depan aku tidak lagi kembali ke Penang - aku akan ke Shah Alam untuk menyambung pengajian aku ke peringkat yang lebih tinggi lagi di peringkat ijazah.
Kali ini, ceritanya tidak sama seperti dulu. Kasut aku tidak lagi hilang. Tapi yang samanya, kena tunggu jugak untuk KTM yang lambat macam siput babi yang diikat-ikat untuk bergerak. Janji pukul 9, aku keluar tunggu bas jam 8.15, 8.40 baru bas sampai. Aku bertawakal supaya sempat sampai ke jeti Butterworth yang paling cepat sampai pun, 20 minit! Akhirnya aku sampai ngam-ngam on time. Tapi, keretapi yang aku tunggu-tunggu tu, tak sampai-sampai.
Keadaan ini dirasakan seperti menunggu buah hati untuk date, tapi si dia tak datang-datang..
Kali ni, aku duduk lagi di sebelah lelaki. Bila nak dapat duduk sebelah gadis ni?!
Berkenaan isu surau ni, aku kasihan melihat seorang makcik sedang menunggu untuk ke surau. Surau di dalam train hanya mampu memuatkan 4 orang jemaah pada satu-satu masa dan ianya harus dikongsi. Dan pada masa itu, jemaah lelaki sedang solat. Dan ianya akan menjadi satu kitaran yang tidak putus-putus. Bagaimana mak cik itu nak solat Subuh? Aku buntu memikirkannya. Ingin aku memberi laluan kepadanya, tapi jemaah lelaki yang beratur waktu itu terlalu ramai. Waktu itu, sudah hampir jam 7pagi. Setiap kitaran solat 4 orang berjemaah = 10 minit.
Hal ini diburukkan lagi oleh keretapi yang lambat sampai - selalu tertunda dari jadual asal.
Dan yang paling tak syok, makna darurat tidak difahami dengan sebaik-baiknya. Sepatutnya mereka ini ilmu agamanya lebih, jadi sepatutnya mempunyai common sense yang lebih berbanding orang lain. Air untuk berwudhu' bersumber daripada tangki di atas train. Dan itulah sahaja sumber air. Tapi mereka berwudhu' seolah-olah mahu mandi! Kalau mereka tinggal di negara kering seperti Jordan, baru kau tahu makna 'air'. Mandi, basuh pinggan dan sebagainya pun seminggu sekali.
Kebetulan pada malam semalam (dan pagi tadi) ramai siswazah dari universiti islam di Malaysia (fikirlah sendiri yang mana) yang menjadi penumpang. Kebanyakan mereka adalah tahfiz. Dan solat berjemaahnya subuh tadi, memang panjang........ Doa berjela-jela.. Dan mereka lupa tentang jemaah yang juga panjang beraturnya........Kasihan seorang pakcik yang tak larat nak berdiri tunggu lama-lama. Doa pun macam nak baca doa selamat!
Tiba giliran aku, aku disuruh pakcik tadi jadi imam. Untuk tidak mensia-siakan masa yang ada, aku cuma membaca surah lazim je. Kesian la pada yang menunggu.. Bukan tak boleh baca panjang - itu digalakkan - tapi tengok kesesuaian lah. Cantiknya Islam, kita kan ada rukhsah dalam solat di waktu darurat. Rukhsah = kemudahan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Apa kata anda? Jom kongsi!